Showing posts with label CatatanPenulis. Show all posts
Showing posts with label CatatanPenulis. Show all posts

Sunday, 11 May 2014

12th May 2014

Teks : Mimi Ikhuani Mokhtar
Foto : Mimi Ikhuani Mokhtar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari nie saya just nak share tentang salah satu hobi saya mengisi masa lapang serta menghilangkan stress iaitu mengumpul dan membaca novel melayu.
Saya mempunyai koleksi novel - novel yang hebat dari penulis yang hebat yang terkumpul dari zaman persekolahan hingga la sekarang.




 Antara koleksi terbaru saya adalah dari penulis Dyadila yang berjudul "MENANTU VS MENTUA" yang diterbitkan pada bulan April 2014 keluaran KAKI NOVEL.
Dan ini merupakan koleksi ketiga penulis ini.


Disebabkan satu peristiwa yang tak disengajakan Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena.Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Qeesya Ameena menjadi angau sehinggakan dia sanggup mengambil keputusan untuk melamar Izz Rayyan Iskandar.
Bermula dari lamaran itu, terlalu banyak perkara yang merapatkan mereka. Membuah rasa cinta dalam diam dan tanpa dirancang. Dalam usaha memikat hati dan cinta suaminya, Qeesya Ameena terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah, yang datang ke rumahnya bukan menantu tapi...'hantu'!

Bagi penggemar - penggemar novel melayu, anda mesti mendapatkannye..best sangat..ada usul gembira..sedih yang pastinye bisa mengalirkan air mata...






Sunday, 13 April 2014

Catatan Penulis

Jalan - jalan di Pavillion

12th April 2014

Teks : Mimi Ikhuani Mokhtar
Foto : Mimi Ikhuani Mokhtar


Assalamualaikum dan selamat malam..
Alhamdullilah..waktu mula mencecah pkul 12 malam..mata pun dah mula rasa mengantuk tapi saya paksakan diri jugak untuk habiskan my 1st entry nie.
Hari minggu memang ari yang begitu memenatkan bg kami satu keluarga. Mana tidaknya kami tidak pernah lekat kat umah bila tibanye ari minggu. Ada jer aktiviti yang nak kami dilakukan.
Mujurlah si suami memahami kehendak si isteri dan anak-anaknya. Layan jer la katanye..hehehe
Sebelum keluar saya akan pastikan semua kerja sekolah mesti disiapkan terlebih dahulu.
Minggu nie kami habiskan masa dengan membawa anak -anak berjalan- jalan, makan - makan  sambil menonton wayang ...cerita RIO2. Best jugak la cite nie..memang best kalu dapat menonton bersama anak - anak. Bagi sesiapa yang belum menyaksikan nya boleh laa membawa anak - anak menonton bersama..anak - anak mesti suka..