Monday 31 March 2014

Cotton Satin

Teks: Mimi Ikhuani Mokhtar
Foto: Mimi Ikhuani Mokhtar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mimi's Shoppazone bawakan Koleksi  Cotton Satin untuk tatapan pengunjung semua. 
Sesuai untuk anda jadikan baju kurung, blouse atau dress. 

Harga: RM65.00 sahaja sepasang. (tidak termasuk ko penghantaran)
Fabrik yang lembut, sejuk dan tidak kecut.
Ukuran : 3.5 meter Bidang : 60.

** untuk makluman : 
Semua koleksi ini telah SOLD OUT
Dan untuk sementara waktu ini kami tidak mempunyai stok terbaru utk Cotton Satin.
Harap Maaf.

Untuk tempahan, sila ke ruangan untuk tempahan ya.



Kod Order : CS01 SOLD OUT

Kod Order ; CS02 SOLD OUT


Terima Kasih atas kunjungan anda ke Mimi's Shoppazone !

Friday 28 March 2014

Sutra vietnam

Teks: Mimi Ikhuani Mokhtar
Foto: Mimi Ikhuani Mokhtar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mimi's Shoppazone bawakan Koleksi Sutra Vietnam untuk tatapan pengunjung semua.

Sesuai untuk anda jadikan baju kurung, blouse atau dress. 


Harga: RM95.00 sahaja sepasang.(tidak termasuk kos penghantaran)
Fabrik yang berkualiti tinggi, lembut, sejuk, siang/malam.

3.5 meter. Bidang 60'

** untuk makluman : 
Semua koleksi ini telah SOLD OUT
Dan untuk sementara waktu ini kami tidak mempunyai stok terbaru koleksi sutra.

Harap Maaf.

Untuk tempahan,  sila ke ruangan untuk tempahan ya.


Kod Order : S01

Kod Order : S02

Kod Order : S03










Terima kasih atas kunjungan anda ke Mimi's Shoppazone!

Friday 21 March 2014

Telekung

Teks: Mimi Ikhuani Mokhtar
Foto: Mimi Ikhuani Mokhtar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mimi's Shoppazone bawakan Koleksi Telekung Vietnam untuk tatapan pengunjung semua.

Harga: RM120.00 sahaja sepasang.(free postage)
 Fabrik lycra berkualiti tinggi, lembut, sejuk.
Sold
Untuk tempahan, sila ke ruangan untuk tempahan ya.

Kod Order : TL01
**Buat makluman pengunjung sekelian untuk sementara waktu nie kami tidak mempunyai stok untuk telekung lycra nie..

Terima kasih kerana berkunjung ke Mimi's Shoppazone.

Salam Perkenalan

Teks: Mimi Ikhuani Mokhtar
Foto: Mimi Ikhuani Mokhtar



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama saya Mimi Ikhuani Mokhtar.Berasal dari Pasir Mas Kelantan. Merupakan anak sulung daripada 12 beradik, cucu sulung dan anak saudara sulung dalam keluarga belah mak menjadikan saya lebih dikenali sebagai Kak Long..tidak kira tua atau muda semuanya memanggil saya dengan panggilan itu. Manakala dikalangan anak-anak saudara pulak, saya dipanggil dengan panggilan Mummy.

Saya membesar dalam lingkungan keluarga yang besar dan tetapi hubungan kami amat erat dan mesra. Dibesarkan oleh nenek menjadikan saya juga rapat dengan makcik dan pakcik. Ibubapa saya menyara kehidupan kami dengan hasil perniagaan makanan. Ibu saya memang pakar dalam bidang masakan dan sering mendapat tender serta tempahan untuk majlis-majlis keraian. Tradisi keluarga ini telah diteruskan oleh berberapa orang adik lelaki saya yang turut menjadikan bidang masakan ini sebagai punca pendapatan mereka.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ibrahim (2) dan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2) Pasir Mas Kelantan, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur dalam jurusan kejuruteraan. Pertama kali berpisah dengan keluarga menjadikan saya merasa terasing di bandaraya besar. Mungkin rezeki menyebelahi saya selepas tamat jer pengajian, dengan hanya menganggur hanya selama sebulan, saya terus mendapat pekerjaan dengan sebuah syarikat antarabangsa yang terletak di Janda Baik , Bentong Pahang. Di situ, saya bekerja sebagai Juruteknik selama 2 tahun. Dengan kemudahan asrama yang disediakan telah memudahkan saya untuk berulang alik ke tempat kerja.

Pada masa itu lah saya telah dipertemukan jodoh dengan suami saya yang mana merupakan pilihan keluarga saya untuk saya. Pada mulanya saya agak ragu juga untuk menerima pilihan nie..tapi saya percaya bahawa pilihan keluarga serta restu dari mereka amat penting kerana bagi saya keluarga adalah segala-galanya. Akan tetapi, disebabkan oleh kesibukan dalam menguruskan persiapan untuk perkahwinan, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Selepas berkahwin saya berpindah ke Kuala Lumpur mengikut suami yang bekerja di bandaraya Kuala Lumpur. Kami memulakan kehidupan baru dengan penuh kesederhanaan. Di awal perkahwinan, kami hanya menyewa sebuah rumah kecil dan kami tidak mempunyai kereta. Bila nak kemana-mana kami akan menggunakan perkhidmatan awam. Walaupun begitu saya tidak pernah merasakan itu satu kesulitan atau bebanan malah saya selesa dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Ini menjadikan lebih matang serta lebih menghargai kehidupan nie. Saya mula mencari kerja. Rupanya ia tidaklah seperti yang diharapkan. Rezeki tidak menyebelahi saya bila setiap kali kerja yang saya minta tidak membuahkan hasil. Dari situ bermacam macam kerja saya buat walaupun ianya tidak bersesuaian dengan kelulusan yang saya ada. Selepas hampir 2 tahun, saya ditawarkan semula kerja ditempatkan lama saya bekerja. Kehidupan kami juga mula bertambah baik.

Dalam kesibukan bekerja serta menguruskan rumahtangga, sekali lagi saya diuji. Sepanjang usia perkahwinan kami, saya tidak pernah ada tanda-tanda untuk mengandung. Bermacam-macam usaha serta ikhtiar kami lakukan tetapi tetap tidak membuahkan hasil. Namun pada usia 6 tahun perkahwinan, kami dikurniakan seorang cahayamata puteri. 2 tahun kemudiannya, kami dikurniakan pula dengan seorang cahayamata putera. Dengan adanya sepasang cahayamata, telah menjadikan kami sebuah keluarga cukup sempurna di mata kami. Dalam kesibukan kerja saya banyak melepaskan tugas menjaga anak-anak kepada pembantu rumah. Keluar rumah di subuh hening dan pulang bila azan Isyak berkumandang menyebabkan hanya pada sebelah malam sahaja masa saya tertumpu kepada mereka. Apabila mereka meningkat usia dan mula memasuki alam persekolahan, masa saya bersama mereka yang terhad sehinggakan saya tidak sempat hendak meneliti kerja sekolah serta kegiatan mereka.

Dengan restu suami saya nekad untuk berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga dan anak-anak. Kini setelah hampir 4 tahun berlalu, saya mula ingin mencari-cari sesuatu yang boleh saya buat untuk mengisi masa disamping juga dapat mencabar kewibawaan serta menguji keupayaan dan keyakinan diri sendiri . Disebabkan saya lahir dalam keluarga yang berniaga, ibubapa saya mendorong saya supaya menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Pengalaman pertama, saya dalam menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan ini adalah dengan membuat kek dan menjualnya di kedai makan dan juga secara tempahan dari kawan-kawan. Saya mendapat sambutan yang agak baik namun ianya tidak memberi kepuasan yang dicari, mungkin kerana saya kurang meminati bidang masakan walaupun saya mempunyai kepakaran serta kemahiran dalam memasak. 

Semasa saya bercuti bersama keluarga ke Vietnam pada Disember 2013, saya mendapati bidang perniagaan barangan Vietnam mempunyai potensi yang besar dan saya berkeyakinan tinggi terhadap peluang ini. Oleh itu, saya mengambil risiko dengan menceburinya secara kecil-kecilan melalui sanak saudara dan rakan taulan.

Kini saya ingin memperluaskan lagi pasaran saya dengan menceburi perniagaan secara online. Sebagai langkah pertama dengan menjadi pelajar Akademi Bekerja Dari Rumah. Kejayaan akan bersama-sama orang yang berusaha, dengan izin Allah.

Salam ukhuwah untuk semua!

Koleksi English Cotton Vietnam - Batch 1

Teks: Mimi Ikhuani Mokhtar
Foto: Mimi Ikhuani Mokhtar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mimi's Shoppazone bawakan Koleksi English Cotton Vietnam untuk tatapan pengunjung semua. 
Sesuai untuk anda jadikan baju kurung, blouse atau dress. 

Harga: RM55.00 sahaja sepasang. (tidak termasuk kos penghantaran)
Fabrik yang berkualiti tinggi, 100% cotton Gred AAA
Ukuran : 3.5 meter Bidang : 60.

** untuk makluman : 
Semua koleksi ini telah SOLD OUT
Dan untuk sementara waktu ini kami tidak mempunyai stok terbaru utk English Cotton. 
Harap Maaf.

Untuk tempahan, sila ke ruangan untuk tempahan ya.




Kod Order : CT01 SOLD OUT

Kod Order : CT02 SOLD OUT

Kod Order ; CT03 SOLD OUT

Kod Order ; CT04 SOLD OUT

Kod Order : CT05 SOLD OUT

Kod Order : CT06 SOLD OUT

Kod Order : CT07 SOLD OUT








Terima kasih atas kunjungan anda ke Mimi's Shoppazone!